Apa Itu Frozen Shoulder (Bahu Beku)?
Adakah bahu anda sering terasa kaku dan sakit? Sukar untuk mengangkat tangan atau menyikat rambut? Anda mungkin sedang mengalami keadaan yang dipanggil frozen shoulder atau dalam istilah perubatan, adhesive capsulitis.
Keadaan ini berlaku apabila tisu di sekitar sendi bahu mengalami radang dan penebalan, lalu mengehadkan pergerakan dan menyebabkan kesakitan berpanjangan. Pesakit biasanya menyedari simptom ini apabila bahu terasa ketat dan pergerakan jadi sangat terbatas – seolah-olah sendi bahu terkunci.
Di Regenesis Physiotherapy Subang Jaya, kami sering merawat pesakit dengan frozen shoulder, menggunakan pendekatan yang holistik dan saintifik. Ketahui cara merawat frozen shoulder dengan berkesan dan bagaimana fisioterapi untuk frozen shoulder boleh mempercepatkan pemulihan anda.
Kenapa Bahu Beku Terjadi?
Frozen shoulder bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia berkembang secara perlahan, dan sering dikaitkan dengan tempoh tidak aktif — contohnya selepas kecederaan atau pembedahan bahu. Bila bahu tidak digunakan, tisu kapsul sendi menjadi tebal dan ketat, mengurangkan ruang dalam sendi dan menyebabkan kekakuan.
Salah satu punca biasa ialah bahu sakit akibat postur yang tidak betul, terutamanya dalam kalangan mereka yang bekerja di hadapan komputer terlalu lama. Bahu tiba-tiba sakit juga boleh berpunca daripada keradangan akibat penyakit seperti diabetes atau selepas strok. Malah, mereka yang pernah mengalami trauma fizikal atau prosedur perubatan yang menyekat pergerakan bahu juga berisiko tinggi mengalami penyakit bahu beku.
Bayangkan sendi bahu seperti engsel pintu. Bila tak digunakan atau dijaga, ia jadi karat dan sukar dibuka. Begitu jugalah dengan bahu beku – tanpa pergerakan yang konsisten dan penjagaan yang betul, sendi tersebut akan kehilangan fleksibiliti secara perlahan.
Faktor lain termasuk:
Masalah hormon (wanita lebih berisiko mengalami sakit bahu akibat perubahan hormon).
Sejarah kecederaan atau pembedahan pada bahu.
Penyakit seperti Parkinson dan masalah tiroid.
Simptom Bahu Beku: Kenali Tanda-Tandanya

Jika anda mengalami bahu sakit yang tidak hilang-hilang, atau sakit bahu sebelah kanan atau kiri sahaja, kemungkinan besar anda sedang melalui fasa awal penyakit bahu beku.
Sakit bahu kiri atau kanan sering berpunca daripada jenis pekerjaan, terutamanya jika melibatkan pergerakan berulang pada sebelah bahu sahaja.
Simptomnya tidak datang sekaligus — ia berkembang dalam beberapa fasa, masing-masing dengan cabaran tersendiri.
Fasa 1 - Sakit Berterusan (Freezing Stage)
Fasa awal ini biasanya disertai bahu tiba tiba sakit, terutamanya pada waktu malam. Rasa sakitnya tajam, menusuk, dan boleh sampai ke leher atau lengan. Anda akan mula sedar bahawa pergerakan bahu semakin terhad — nak angkat lengan pun rasa tak selesa.
Fasa 2 - Pergerakan Terhad (Frozen Stage)
Dalam fasa ini, bahu kiri kanan sakit dan kaku, walaupun rasa sakit mungkin sedikit berkurangan. Cabaran utama ialah pergerakan yang amat terbatas – anda akan sukar untuk menyikat rambut, memakai baju, atau mengangkat tangan ke belakang. Bahu terasa ketat seolah-olah terkunci.
Fasa 3 - Pemulihan Perlahan (Thawing Stage)
Fasa ini hadir dengan sedikit kelegaan. Bahu beku mula ‘cair’, dan pergerakan perlahan-lahan kembali. Namun, ia masih perlukan sokongan melalui fisioterapi untuk frozen shoulder agar fleksibiliti dan kekuatan bahu dapat dipulihkan sepenuhnya.
Antara simptom lain termasuk:
Sakit bahu kanan atau kiri secara berterusan.
Rasa tegang atau ‘simpul’ di kawasan belakang bahu.
Kesukaran melakukan aktiviti asas seperti mengangkat beg, membuka pintu, atau menukar pakaian.
Rawatan Bahu Beku

Fisioterapi untuk Frozen Shoulder
Di Regenesis Physiotherapy Subang Jaya, kami menyediakan terapi frozen shoulder yang menyeluruh – dari pendekatan moden sehinggalah teknik tradisional, semua digabungkan dalam pelan pemulihan berfasa.
Kami merancang pelan terapi yang diperibadikan – sesuai dengan tahap kesakitan, had pergerakan, dan gaya hidup anda. Untuk idea cara merawat frozen shoulder di rumah, anda boleh baca juga artikel petua ini di blog Regenesis.
Fisioterapi untuk frozen shoulder melibatkan:
Terapi Manual dan Mobilisasi Tisu Lembut
Melalui urutan terapeutik dan teknik mobilisasi lembut, kami bantu melonggarkan otot kaku, merangsang peredaran darah, dan mengurangkan rasa tegang di kawasan bahu sakit. Teknik ini sangat berguna bagi pesakit yang mengalami bahu kiri kanan sakit akibat kekakuan berpanjangan.
Terapi Ultrasound untuk Menenangkan Tisu Radang
Terapi ultrasound ialah rawatan yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk menembusi lapisan tisu otot yang dalam. Di Regenesis Physiotherapy, kami gunakan teknik ini khusus untuk merawat bahu beku yang disertai keradangan. Gelombang ini menghasilkan haba lembut dalam tisu, membantu melancarkan aliran darah, melegakan kekejangan, dan mempercepat proses pemulihan. Ia sangat berkesan untuk menenangkan tisu sendi bahu yang radang.
Alat Stimulasi Elektrik (TENS)
Rawatan TENS (Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation) digunakan untuk menghantar impuls elektrik lembut ke kawasan terjejas. Ia berfungsi melegakan kesakitan, mengurangkan ketegangan otot, dan menjadikan pergerakan lebih lancar – sangat sesuai untuk mereka yang alami sakit frozen shoulder kronik.
Kinesio Taping untuk Sokongan Tambahan
Kinesio tape adalah pita elastik khas yang kami gunakan untuk menyokong sendi tanpa menyekat pergerakan. Ia membantu mempercepatkan penyembuhan sambil memberi keyakinan kepada pesakit untuk mula bergerak semula.
Senaman Pemulihan untuk Bahu Beku

Di Regenesis Physiotherapy Subang Jaya, kami menekankan latihan progresif – disesuaikan mengikut tahap kesakitan dan had pergerakan pesakit.
Regangan Bahu
Senaman Bandul: Ayunkan lengan yang sakit secara perlahan dalam bulatan kecil untuk melegakan ketegangan otot.
Regangan Silang Badan: Tarik lengan ke arah dada secara perlahan untuk meningkatkan fleksibiliti.
Regangan Tuala: Pegang tuala di belakang badan dan tarik secara berganti untuk meluaskan julat gerakan.
Pengukuhan Otot Bahu
Wall Slide: Gerakkan tangan ke atas dinding untuk menguatkan otot bahu secara beransur-ansur.
Putaran Getah: Gunakan resistance band untuk latihan rotasi dalaman dan luaran bahu.
Semua senaman ini sebaiknya dilakukan di bawah bimbingan fisioterapis bertauliah bagi mengelakkan kecederaan. Untuk tip senaman tambahan di rumah, rujuk panduan senaman Regenesis.
Apa Berlaku Dalam Sesi Fisioterapi di Regenesis?

Kami mulakan dengan pemeriksaan postur dan pergerakan, kemudian cadangkan pelan rawatan khusus berdasarkan simptom anda.
Kelebihan Regenesis:
- Rawatan saintifik dan berasaskan bukti
- Teknik hands-on untuk melegakan kesakitan segera
- Senaman khas mengikut keadaan bahu anda
Soalan Lazim Tentang Frozen Shoulder (Bahu Beku)
Keadaan di mana bahu jadi kaku, sakit, dan susah gerak sebab radang dan penebalan tisu sendi bahu.
Rawatan termasuk ubat, terapi panas atau sejuk, suntikan kortikosteroid, dan latihan fisioterapi.
Senaman regangan macam senaman bandul, putaran ke dalam dan luar, regangan bahu dan tuala, serta regangan silang badan.
Teknik manipulasi sendi, terapi manual, guna TENS, program senaman khas, dan kinesio taping antara cara yang digunakan.
Ahli fisioterapi bagi latihan regangan dan pengukuhan yang sesuai untuk tingkatkan pergerakan dan fungsi bahu.
Dapatkan Rawatan Bahu Beku di Regenesis Physiotherapy
Dengan rawatan fisioterapi berfokus dan senaman, perjalanan pemulihan boleh dimulakan. Ahli fisioterapi berlesen di Regenesis Physiotherapy sedia membantu.
Hubungi Regenesis Physiotherapy hari ini untuk sesi konsultasi bersama fisioterapi berlesen di Subang Jaya.