Neurological therapy uses a variety of techniques to manipulate your joints and soft tissue to improve your body’s overall health.
Rawatan Skoliosis
Rawatan Skoliosis Di Subang Jaya
Skoliosis adalah satu keadaan di mana tulang belakang melengkung secara tidak normal ke sisi. Lengkungan ini boleh berbentuk huruf “S” atau “C” dan biasanya dikesan sem we asa zaman kanak-kanak atau remaja. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga boleh mengalami penyakit skoliosis, terutamanya akibat degenerasi tulang belakang.
Di Regenesis Physiotherapy, kami menawarkan pendekatan bersepadu dan profesional dalam rawatan skoliosis, disesuaikan untuk setiap peringkat umur dan tahap keadaan. Rawatan kami memberi tumpuan kepada mengurangkan kesakitan, memperbaiki postur, dan mencegah kemerosotan lanjut.
Apa Itu Skoliosis?
Skoliosis adalah kelainan struktur pada tulang belakang di mana ia melengkung ke kiri atau kanan dalam bentuk tidak normal. Dalam kes normal, tulang belakang adalah lurus apabila dilihat dari belakang. Tetapi bagi penghidap skoliosis, terdapat kelengkungan yang boleh dilihat dengan jelas atau hanya dikesan melalui imbasan atau pemeriksaan fizikal.
Skoliosis bukan sekadar isu kosmetik. Jika tidak dirawat, ia boleh menjejaskan fungsi paru-paru, sistem saraf, dan mengakibatkan kesakitan kronik.
Jenis Skoliosis
Terdapat beberapa jenis skoliosis yang berbeza, bergantung kepada punca dan usia penghidap:
1. Skoliosis Idiopatik
Merupakan jenis yang paling biasa, terutama dalam kalangan remaja. Puncanya tidak diketahui, tetapi dipercayai berkait dengan faktor genetik.
2. Skoliosis Kongenital
Berlaku sejak lahir disebabkan perkembangan tulang belakang yang tidak normal semasa dalam kandungan.
3. Skoliosis Neuromuskular
Disebabkan oleh gangguan sistem saraf atau otot seperti cerebral palsy atau distrofi otot
4. Skoliosis Degeneratif
Biasanya berlaku pada orang dewasa akibat penuaan, arthritis atau cakera yang haus.
Benefits of Our Neurological Rehabilitation
Quis nisi nulla suscipit pulvinar nisi, et dui. Tincidunt scelerisque amet pellentesque ullamcorper. Lacus praesent morbi feugiat et magna quis. Tristique vitae mi.
Apa Penyebab Skoliosis?
Penyebab skoliosis boleh berbeza-beza bergantung kepada jenisnya. Dalam kes idiopatik, apa penyebab skoliosis masih belum jelas, tetapi kajian menunjukkan pengaruh genetik mungkin memainkan peranan.
Punca lain termasuk:
Masalah neurologi atau otot
Kecacatan tulang belakang sejak lahir
Trauma atau kecederaan
Penuaan atau kerosakan struktur tulang belakang
Mengetahui skoliosis punca adalah penting bagi menentukan rawatan terbaik yang sesuai dengan keadaan pesakit.
Simptom dan Tanda Skoliosis
Kebanyakan kes skoliosis ringan tidak menunjukkan simptom yang ketara. Walau bagaimanapun, beberapa tanda biasa yang boleh diperhatikan termasuk:
Bahu atau pinggul yang tidak sama tinggi
Badan condong ke satu sisi
Tulang belikat yang menonjol
Sakit belakang berpanjangan
Sukar bernafas dalam kes yang teruk
Jika anda atau anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera dapatkan pemeriksaan untuk penilaian lanjut.
Diagnosis Skoliosis
Diagnosis skoliosis dilakukan melalui pemeriksaan fizikal dan ujian imejan seperti X-ray, MRI atau CT scan. Pemeriksaan ini membantu mengenalpasti sejauh mana kelengkungan serta kesan kepada struktur sekeliling.
Di Regenesis, fisioterapi bermula hanya selepas penilaian menyeluruh dilakukan. Ini bagi memastikan rawatan skoliosis yang diberikan benar-benar efektif dan sesuai dengan keperluan individu.
Rawatan Skoliosis di Regenesis Physiotherapy
Kami percaya bahawa rawatan yang berkesan harus bersifat menyeluruh dan disesuaikan mengikut keadaan pesakit. Bagi kes skoliosis ringan, rawatan fisioterapi adalah pilihan utama yang bukan sahaja tidak invasif, tetapi juga memberi kesan jangka panjang yang baik.
Pendekatan Rawatan Kami:
1. Latihan Terapi Tertumpu (Targeted Exercises)
Latihan direka untuk memperkuat otot-otot di sekitar tulang belakang dan memperbaiki keseimbangan tubuh. Contoh latihan termasuk postural correction dan penguatan otot core.
2. Terapi Manual
Teknik manipulasi dan mobilisasi lembut digunakan untuk melegakan kekakuan dan meningkatkan mobiliti tulang belakang.
3. Teknik Schroth
Kaedah latihan postur yang direka khusus untuk pesakit skoliosis – bertujuan untuk meluruskan tulang belakang secara semula jadi melalui pernafasan, regangan, dan kesedaran tubuh.
4. Elektroterapi & Ultrasound
Membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan – mempercepatkan proses penyembuhan otot yang tertekan.
5. Pendidikan Postur dan Ergonomik
Pesakit akan diajar cara berdiri, duduk, dan bergerak dengan betul untuk mengurangkan tekanan pada tulang belakang.
Physio Subang Jaya
Mengapa Pilih Kita Untuk Rawatan Skoliosis?
Di Regenesis Physiotherapy, kami komited menyediakan rawatan profesional, berkesan dan penuh empati untuk setiap pesakit. Fisioterapis kami berlesen dan berpengalaman dalam merawat pelbagai jenis skoliosis – dari ringan hingga kompleks.
Kelebihan kami termasuk:
Rawatan peribadi berasaskan penilaian menyeluruh
Fisioterapi berlesen dengan lebih 20 tahun pengalaman
Penggunaan teknik dan teknologi rawatan terkini
Sokongan menyeluruh sepanjang perjalanan pemulihan
Testimonials
What our customers say
I was blown away by the approach taken at Regenesis Physiotherapy. The therapists here spend the time to fully analyze the mechanics of my body. I was able to learn more about my body’s mechanics in that first consultation than I had learned from all the 25 years of previous personal physio and fitness training experiences combined
Ee Lin
Yoga Enthusiast
Bila Perlu Dapatkan Rawatan?
Rawatan awal adalah kunci. Sekiranya anda melihat tanda-tanda awal skoliosis pada diri sendiri atau ahli keluarga, jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih serius. Dapatkan pemeriksaan dari ahli fisioterapi bertauliah secepat mungkin.
Skoliosis bukan hanya isu tulang belakang – ia berkait rapat dengan kualiti hidup anda.Dapatkan rawatan dan sokongan profesional hari ini untuk kembali kepada gaya hidup aktif dan bebas sakit.
Tempah sesi penilaian bersama fisioterapi kami di Regenesis Subang Jaya sekarang dan mulakan langkah pertama ke arah tulang belakang yang sihat.